Sabtu, Disember 20, 2008

hijrah.

hari ini sudah menjelang permulaan bagi hari ahad. aku hanya ada beberapa hari saja lagi yang tinggal untuk kembali ke uitm.

oh, perjuangan akan bermula. hahahaha poyo!


kalau kau mahu tahu,
sejak akhir2 ni aku banyak membaca blog-blog para penulis yang lain dan aku banyak berfikir panjang tentang kehidupan. mungkin apa yang dibaca sedikit sebanyak memberi tusukan hebat pada benakku, hati aku serta akal fikiran. walau sememangnya dari zaman sekolah lagi aku gemar ber-blogging, kini aku rasakan begitu besar pengaruh blog2 kalian ya? terima kasih ya, rakan2. walaupun anda sama sekali tidak kukenali.

sebenarnya aku rasa terlalu banyak perkara tentang diri ini, yang patut aku ubah. hmm mungkin 90% dari segala aspek kehidupan. tapi rasanya tidak semua perubahan yang mahu aku lakukan perlu aku coretkan disini bukan? yang penting2 sajalah. heee :p

apa2 pun. segala perubahan ini adalah untuk diri sendiri, bukan kerana ibu, kekasih mahupun sesiapa.oh ya, mungkin hanya untuk aku dan Tuhan yang maha pencipta. maaf ya rakan2, aku tidak sewarak mana. sembahyang pun ada masa aku tinggalkan dibelakang juga. terasa hina pun ya juga. terasa bodoh pun ya juga. beriya-iya pakai tudung, tapi solat? solat itu kan tiang agama? kenapa mengaku muslim tapi solat 5 waktu yang cukup senang untuk dikerjakan itu pun kau tak mampu? uhh,drama yang baru aku tonton tadi pon berkisarkan tentang seorang umat yang tidak menjaga ibadahnya. memangla rasa aku tertampar kan? saat itu aku rasa aku memang patut berubah. rasa seperti hendak menangis pun ada juga, bila anak kecil dalam drama itu, yang baru darjah 2 tapi cukup menjaga solat serta budi pekertinya. aku terasa hina. dan sangat-sangat keji.

dah 20tahun kan ? bukan budak kecik lagi. aku harus matang. tindak tanduk juga harus matang. dan aku rasa segalanya perlu ditingkatkan. terima kasih tuhan, kerana memberi aku kesedaran.

hmm. aku dah nak menjangkau usia 20-an. bak kata org2 tua zaman dahulu kala,

"dah boleh kawen dahhhh"
haha appa da?

aku rasa aku perlu mula belajar betul-betul teknik memasak. bukan apa? bila dah kawen dengan si dia nanti senang kan?
ok,kawen tu mmg lambaaaaaaaaaat lg!

lagipun tidak rugi jika tahu selok belok memasak. dan yaaaa mungkin lepas ni ibu tidak perlu lagi kedapur dengan adanya aku dan tangan2 ku dirumah?


pasti seronok jika dapat memasak untuk ibu :)


ohh dan yea, satu lagiiiiiii.
aku mahu berubah untuk pelajaran. dan ini untuk masa depan. aku tak mahu malas2 dan mengikut hati semata2. kalau aku malas, aku yang rugi dan kosong. tidak dapat sebarang apa. maka haruslah aku berusaha mcm nak mati (macam jeaaaa) untuk mendapatkan yang terbaik.

aku mahukan 3.9 dan keatas :)

oh tuhan,
bisakah aku lakukan itu semua?
aku mahukan hijrah.
ya, hijrah :)