Jumaat, Disember 26, 2008

wahai kamu yang mulia.

hari ni hari sabtu kan?
maka esok ahad kan?
maka esok aku balik melaka kan?


arghhh, aku masih belum sedia untuk hari-hari sukar yang akan aku hadapi
jadi..
boleh tolong?


  1. tolong doakan aku supaya aku struggle-gila-babi untuk sem terakhir ini

  2. tolong doakan aku supaya aku mempunyai masa yang cukup untuk segala karya-karya siap dipamerkan

  3. tolong doakan aku supaya aku mempunyai semangat dan jiwa yang utuh dalam seni halus

  4. tolong doakan aku supaya segala yang aku hasilkan dalam karya aku adalah yang bernas, serta emas,bukan sampah semata

  5. tolong doakan aku supaya segala yang aku kerjakan mendapat berkat dari MahaPencipta
    dan tolong doakan aku supaya aku mendapat kecemerlangan dunia dan akhirat.

    tolong ya,pembaca?



semoga tuhan merahmati kehidupan kamu yang mulia ini :)
Amin.

Selasa, Disember 23, 2008

PICTURE OF THE MONTH (december)

wahai angin,awan,mentari,rumput
aku mahu tenang.
boleh kan?

Isnin, Disember 22, 2008

yang terindah.

aku rindu kalian,
wahai sahabat sejati.
masa itu,dulu-dulu.
yang indah
yang kita sama-sama
hari-hari
suka!

mihun sup
nugget 50sen
nasi ayam sedap
pengawas rehat awal
latihan hoki setiap minggu
tunas bestari
kelas seni yang asing
kelas biology madam selvarani
lepak di hutan bandar
air ban-cau
roti tisu
interact
padang sekolah
astaka
olahraga sekolah
kawad kaki
fizik-sangat-best
balik sama sama
feeq yang memandu ke sekolah tanpa lesen
larian marathon
puan kalthom
telefon bimbit dirampas





oh, indahnya zaman sekolah.

Sabtu, Disember 20, 2008

hijrah.

hari ini sudah menjelang permulaan bagi hari ahad. aku hanya ada beberapa hari saja lagi yang tinggal untuk kembali ke uitm.

oh, perjuangan akan bermula. hahahaha poyo!


kalau kau mahu tahu,
sejak akhir2 ni aku banyak membaca blog-blog para penulis yang lain dan aku banyak berfikir panjang tentang kehidupan. mungkin apa yang dibaca sedikit sebanyak memberi tusukan hebat pada benakku, hati aku serta akal fikiran. walau sememangnya dari zaman sekolah lagi aku gemar ber-blogging, kini aku rasakan begitu besar pengaruh blog2 kalian ya? terima kasih ya, rakan2. walaupun anda sama sekali tidak kukenali.

sebenarnya aku rasa terlalu banyak perkara tentang diri ini, yang patut aku ubah. hmm mungkin 90% dari segala aspek kehidupan. tapi rasanya tidak semua perubahan yang mahu aku lakukan perlu aku coretkan disini bukan? yang penting2 sajalah. heee :p

apa2 pun. segala perubahan ini adalah untuk diri sendiri, bukan kerana ibu, kekasih mahupun sesiapa.oh ya, mungkin hanya untuk aku dan Tuhan yang maha pencipta. maaf ya rakan2, aku tidak sewarak mana. sembahyang pun ada masa aku tinggalkan dibelakang juga. terasa hina pun ya juga. terasa bodoh pun ya juga. beriya-iya pakai tudung, tapi solat? solat itu kan tiang agama? kenapa mengaku muslim tapi solat 5 waktu yang cukup senang untuk dikerjakan itu pun kau tak mampu? uhh,drama yang baru aku tonton tadi pon berkisarkan tentang seorang umat yang tidak menjaga ibadahnya. memangla rasa aku tertampar kan? saat itu aku rasa aku memang patut berubah. rasa seperti hendak menangis pun ada juga, bila anak kecil dalam drama itu, yang baru darjah 2 tapi cukup menjaga solat serta budi pekertinya. aku terasa hina. dan sangat-sangat keji.

dah 20tahun kan ? bukan budak kecik lagi. aku harus matang. tindak tanduk juga harus matang. dan aku rasa segalanya perlu ditingkatkan. terima kasih tuhan, kerana memberi aku kesedaran.

hmm. aku dah nak menjangkau usia 20-an. bak kata org2 tua zaman dahulu kala,

"dah boleh kawen dahhhh"
haha appa da?

aku rasa aku perlu mula belajar betul-betul teknik memasak. bukan apa? bila dah kawen dengan si dia nanti senang kan?
ok,kawen tu mmg lambaaaaaaaaaat lg!

lagipun tidak rugi jika tahu selok belok memasak. dan yaaaa mungkin lepas ni ibu tidak perlu lagi kedapur dengan adanya aku dan tangan2 ku dirumah?


pasti seronok jika dapat memasak untuk ibu :)


ohh dan yea, satu lagiiiiiii.
aku mahu berubah untuk pelajaran. dan ini untuk masa depan. aku tak mahu malas2 dan mengikut hati semata2. kalau aku malas, aku yang rugi dan kosong. tidak dapat sebarang apa. maka haruslah aku berusaha mcm nak mati (macam jeaaaa) untuk mendapatkan yang terbaik.

aku mahukan 3.9 dan keatas :)

oh tuhan,
bisakah aku lakukan itu semua?
aku mahukan hijrah.
ya, hijrah :)

Jumaat, Disember 19, 2008

konflik diri.

haih, aku ada masalah.

*umm,salah satu dr masalah2 yg aku ada,mungkin*

result dah dapat, jadi maknanya aku semakin dekat dengan sem depan yang bakal menjelma. yea, sem depan. sem yang amat berbahaya, semester 6. semester terakhir. aku akan menghadapi work2 yang besar, dgn kadar waktu yang singkat untuk menyiapkan setiap satu karya. huh, aku harap aku akan expresskan sebaik mungkin perasaan aku, jiwa seni aku dan hati aku terhadap karya2 aku. supaya orang dapat rasa, dan apa yang hendak disampaikan dapat disampaikan dengan mudah.insyaallah :)

hm sem depan juga, aku harus memohon untuk menyambung pelajaran ke tahap ijazah.

argh, inilah masalahnya.ART&DESIGN ada banyak cabang,jadi aku perlu pilih salah satu cabang yang benar2 sesuai dan berpatutan dengan aku la.tapi sampai skaang aku tak tau lg hala tuju aku nanti. aku nak sambung apa? nak buat apa? nak jadi apa?

rasanya aku tak mempunyai sebarang cita-cita, melainkan ingin berjaya demi masa depan yang cemerlang*ya allah poyo nak mampus ayat gua ok*
ya mungkin masa kecik2 dulu aku sibuk nak jadi dokter la, peguam la, cikgu la, hahaha semua tu mengarut,cita-cita tak berasas dan pra-matang.kau pun tahu kan?hahaha.
si dia cakap,

"ambik la fine art. luas sikit kan, awak mesti dah kena ada misi tau skarang ni. masa depan awak ni, jgn main2"

aku tak tau la.family aku surh amik graphic.dlm diri aku?berbelah bahagi.kadang2 aku rasa masa aku tak patut ade dalam fine art.kadang2 aku rasa macam untung gila tergolong dalam anak2 seni halus ni.kadang2 aku rasa aku nak kembali kepada apa yang aku minta dulu,photography-bukan fine art.kadang2 aku rasa graphic design lebih senang untuk aku bina kerjaya yang menjamin.dan kadang2 pula aku terfikir,tak salah kan kalau aku bertukar kepada fashion design?hahahaha ye pembaca,

FASHION DESIGN.

ishh kusut juga.
aku nak sambung apa ni?fine art?photography?advertising?uhh n skarang tetibe rasa jatuh hati pada fashion design plak.lepas tu tiba2 rasa macam journalism pon menarik juga.
hahaha,apebende tah.

annur isfahani,
awak nak sambung apa ni?
nak jadi apa?
APA?


APAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAaAA?

Khamis, Disember 18, 2008

kau.

kekasih,



aku sayang kau.
amat sangat,
ok?







huk rindu :'(

ohyeaaaaaaaaaahs!

alhamdulillah,


I’m sooooooooooo happy with the result!
Especially for the subject ETR! I've passed! Oh god, I’ve been so worried about it and I’m really scared of repeating the course.


oh thank god,ALHAMDULILLAH!


:D



yay!!

Rabu, Disember 17, 2008

masalah la kau ini.

hidup memang macam ni kan?

kalau kau tak dapat tu, kau akan dapat ini.
kalau kau tak buat tu, kau akan buat ini.
kalau kau tak kuat,kau lemah.
kalau kau tak buang, kau simpan.
kalau kau tak nangis, kau ketawa.
kalau kau tak tenang, kau kusut.
kalau kau tak pilih jalan yg betul, kau akan pilih jalan yang salah.

ape aku merepek ni?



hmm pokoknya,

ape yang kau buat, pasti ada konsikuensinya.mungkin ianya sesimple ;
kalau kau kerja,kau akan dapat duit.




jadi,
tolonglah fikir sehingga ke akar umbi.
sebelum tindak tandukmu bermula.
sebelum kau menyesal duniamu tak seindah yang kau sangka.

Isnin, Disember 15, 2008

happy birthday muaz.


HAPPY BIRTHDAY MUAZ!

semoga panjang umur dan murah rezeki.

semoga kau akan jadi photorapher yang kaya raya dan tak lupa kawan.hehe

semoga kta akan jadi sahabat sejati sampai bila2.

semogo jodoh kau dengan didie berpanjangan (ayat poyo haha)




yay!

me & muaz. masa kami part 2 dulu :)












NEEDS&WANTS;


boleh tak aku nak dress up cenggini?hakhak

Ahad, Disember 14, 2008

haih.awat aku tak boleh shopping ari2?


hahahaha.ok tak tak.itu bukanlah topik yang utama ya.
nak tau takkkkkk tadi aku dapat satu pertanyaan yang cukup gempak dari nadiah.
(gempak?bagi aku la)


"u rasa etr ni fun tak?"




ya allah fun apekebendanyaaaaaaaa!
lagi pulak dengan budak-budak art&design ini.Bila nak buat keje untuk ETR(fundamentals of entreprenuenship) rasa macam membebankan sangat-sangat.Kerja kami dah la mmg sedia banyak,nak layan etr pulak memang hampagas la.Dengan quiz,test,lepastu ada presentation la,dengan proposal lagiiiiii.

Kami banyak keje2 praktikal,duduk kat studio, bengkel, tetibe dapat subject macam etr ni? Uh masuk kelas memang la payah nak pay attention kan.Boring tau tak boringggggg, tapi kami macam layankan je ape yg lect tu cakap.lect kelas kami tu dah la fussy nak mampuih,die lect baru.so dia jadi macam skema la.Pastu lect tu punyalah fussy apebende sume yang ade kaitan ngan company yang kami buat pun nak evidence.Kejap lagi carry mark macam tu aje kan.Mmg la bersabar aku kan,sebab dah struggle wat kerja-kerja etr yang "BEST" itu, ingatkan nak score la.

But then? ini yg kami dpt.

HAMPEHHHHH betol la hidup ni kadang-kadang kan.

Hadoi result dah nak keluar ni,aku memang tensi pasal etr tu je ha.etr tuuuuuuuuuuuuuuuuuu!ish geram geram geram. Kalaulah etr nye gred ni menjatuhkan pointer aku,mmg *tuuuuuuuuuuuut



ahahahhahahaaarrgh tidaaaaaaaaaaaaak!


NEEDS&WANTS;

boleh tak aku nak beg ni?

Jumaat, Disember 12, 2008

sehari suntuk di KL.

okay aku baru aje balik dari KL. Pegi balik satu hari je. Caghe kan?

Sampai sini pkl 5 pagi. Naik bus okay zaiem, naik bus. Huh sebabnye kami sepatutnye balik jb naik kete tau,since zaiem dah cakap dia nak ikot skali. So bila dah sampai pudu kami expect memang akan balik naik kete dengan zaiem. Then bila dah sampai klcc, round2 ape sume tetibe dapat msg dari seorg jejaka TAMPAN abes bernama zaiem,

"babe, wa x dpt dtg ah..my dad x bagi wa pg.huhu sorry sgt2."


uishhhh bersabar la eh rakan rakan. kami sangat menyirap tapi ape lagi yang kami boleh buat selain bersabar jea? kan? tp kami nak balik cemane? tiket belum beli. kalu tiket abis cemana?

ha walaubagaimana resah gundah gelisah sekali pon,kami tetap buat0buat happy dan seperti tiada masalah.terus dengan window shopping.sale lah mat!









Lepas jalan jalan tu jumpe lind skali. & & hazra & amir ngan rakannye sape tah tak kenal. Kami pon bergerak ke MIA art house,nak pegi rantai.ujan renyai2.tapi agak frust jugak aku bikos rantai this year xgempak macam sebelum ni.artwork kureng,booth pon tak banyak.aku rase cam rantai pnye management dh b'tukar,budak2 rangers pon ramai yang takde semalam. eh keee aku yg tak jumpe? entahla. yang aku jumpe/nampak cuma akim,fad,nab,nvrmind,kadir & sape tah lagi.tapi siyes xberape nak best.huhuhu.ingat nak jumpe ano & amy tapi x sempat lah. dude. sorry guys!




lepastu sambung jalan jalan lagi kat klcc.bongok gile tak beli flip flop.padahal dah masuk kedai reef dah kan.hahaha bongok nye anei.(si shah ske eja nama aku cenggitu,anei)dah balik baru nak menyesal xbeli flip flop.lepas makan kat kenny rogers, gedebak gedebuk dah pukul 10 so kitorg kenala belah untuk dapatkan ticket yang telah dibeli oleh fizi,mimi punye member upm.
oh, THANKS A LOT,fiziiiiiiiiiiii!






kami naik tren smpai serdang, & then fizi amek & hantar kami sampai stesen shah alam. ya allah laju nak mampuih dia bawaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaakkkkkkkkkkkkk! kami dalam keta tu macam orang gila terjerit-jerit hahaaha aku dah la yang paling cuak gile kayyyy. macam2 doa aku bace. Siap mengucap penuh dua kalimah syahadah lagiii takut2 ajal nak dekat ke kan.
aha yes aku memang menggelabah sikit!
eh kat federal highway s.alam tu jam pulak tu,kalau bawak macam manusia biase memang la tak sempat! so malam tu kena jadi luar biasa sikit.hahahah.tapi naseb baik fizi tu power nak cilok2 kan haaaaa.dah nak smpai kat corner nak masuk stesen bus s.alam tu si fizi ni bleh belok last2 minit. sebab si mimi ckp "belok kanan wei kanan" si shano plak "ehhhh bukan laaa kiri!" uh nasib baik fizi ikot cakap shano kan, kalu ikot ckp mimi dah salah jalan dah.time belok tu mmg laju nak mampuih,bunyi kete mcm org wat drift! ahahahaha sampai stesen bus 11.05pm ok!bus kitorg 11.15.uh power x power mamat fizi tu kan.sampai2 sume org tengoooook haha kitorg ketawe cam org gile.uih cuak gile gua!x eksiden plak tu!huhuhu alhamdulillah sgt2.pastu dah naik bus ape sumeeee penattttttt bus tu sejuk gile dan kami pon tidooooooo.sampai pukul 5 pagi,finiey(feeq's bf) amik.n dh sampai umah feeq,mandi dan tidooooooooooooooooooo~
uh mmg syooooooooooook!next year nk buat lagi!kan feeq?
hahaha.

Si Dia.

Si Dia pg holiday kat pd. Si dia t'tinggal phone nye. Si Dia hanya hanta satu msg je dr siang td, selepan beberapan jam aku call si dia. Si Dia mungkin tgh have fun skrg. Tp aku rasa, si dia x kisahkan aku pon kan, tu sebab si dia boleh snang2 je tinggalkan phone nye kan. Padahal nak pegi jauh tu ke pd. (jauh kan?) Oh tuhan, aku rasa aku perlu kurangkan skit kadar kasih syg ku pd Si Dia.

supaya satu hari nanti kalau aku ditinggalkan,tak lah terlalu kecewa.kan?








tp.macamne nk kurangkan kadar kasih sayang tu?hmmm.

Rabu, Disember 10, 2008

please.

ohh tuhan tinggal bape ari je lagi ni.result dh nk kuaaaaaa damnnnnnnn!oh pleaseeeeeeeee!x sanggup tapi nak risau2 pon bukannye boleh ubah result aku kan?sooooo alah ape2 la result tu lantak la ape nk jadik jadikla huhu.*buat2 tak risau*

Dah nak naik sem baru.masuk balik ke kampus life.sem depan aku kena struggle!ok!struggle!kena duduk uma sewa sem dpn,mesti lagi susah idup aku nanti.aku tak suka sangatla life kat sana.kawan2 kat sana pun.lain.lain dari kawan2 skola aku.memang susah nak jumpe true friends skrg ni kan.backstabbers bykla.kalu tengok depan2 uh mmg baik gile la skali rupenye cakap2 blakang aku kan.aku sakit hati ari2 sbnanye,oh mungkin bukan ari2 la.pastu yg tak cakap blakang plak bila cakap dpn2 pon ayat2 menyakitkan ati.kadang2 die pnye gurau aku xle tahan la.ke aku yg sensitip ha?eh tak kot.huhu.ishh 2saba je eh hani.kau mmg dilahirkan utk jadi seorang penyabar kan.

malas betol aku nk dok sane lame2.cpt la pegi shah alam la tolong laaaaa huhuhu aku nk kwn2 skola aku.xpon yg macam kawan2 skola aku pon ok la.hum aku rasa kawan2 uitm yg btol2 ok pon bleh dikira kot.ummm maybe hazra,muaz,didie,aiena,ain,jane,wanie n akak2 senior aku dulu tuuuuu kak noli,kak ikin,k nana,k aina,k nor,n diana!huhuh rinduuuu.but i know,things changed.apebenda sume takkan sama dgn ape yg aku lalui skrg.umo pon dh 20.mestila byk benda dh berubah.kan?

uh cakap pasal umo dh 20.aku rasa mcm dh besa je.kawen pon dh bole.hahahah xdela.blum masa la mat!byk lg benda aku nk wat.tp knapa susah sgt ade boyfriend tp cam kena sorok2 dr family kan?maybe pada KAU,benda ni simple.uh yes,mmg simple tp mcm menyeksa diri gak.kalu kuar jalan2 kan hometown sendiri pon x aman.takot t'jumpa sape2 abg ke ape ke kang kantoi mati aku.i mean knapa benda mcm ni pon susah sgt?susah sgt ke nk terime yg aku sayang sgt2 dengan seorang lelaki yang bergelar boyfriend?or or special boyfriend(since aku ade ramai boyfriend a.k.a kawan2 lelaki)aku takot sgt kantoi ngn family bcos aku tau diorg mesti mara ke ape ke.pd diorg cam aku blaja lg so taleh becinte2 la ape la.whats the problem?bukannye aku smpai nk quit tanak blaja sbb gile becinta?uh come on la kan,aku ade cite2 aku takkan la nk sia2 kan idop aku s'diri kan.mak pak org lain ok ja bile anak2 mereka dlm umur2 lingkungan spt aku ade bf/gf.takdehal pon.


so tell me is this fair?i dont think so.

Selasa, Disember 09, 2008

cerita aidiladha

yesderday was fun.(and tiring too!)ibu masak mcm2.n aku wat spaghetti bologneseeeeeeee nyam nyam hahaha.n then ade akak ipar aku nye adik nye engagement.so i was the photographer on that day ok,secara x rasmi la.nervous ade,glabah pon ade.tah haoe2 gamba aku shoot.suma mcm tahi.pastu battery kong.cemane nk wat wedding photography ni?hahahha tp experience la kan.lgpon aku x wat any preparations like charging the battery n etc n i didnt expect that i will be the photographer!hahaha.ape apelah.dh lepas pon kan.soooooo tu je yg aku nk share,n i think still bole lg kat nk wish selamat hari raya aidiladha.haha.bye!

oh em,btw,esok nk jumpa si dia!yay!

Sabtu, Disember 06, 2008

youre the blue sky in my dream

DEAR YOU,

i hope u'll love me forever, because youre the blue sky in my dream :)

friends day out.

uhhh release gile dpt kuar aritu.celebrate bday zaiem,potong2 kek,gurau2 senda,fotogedik,tiup2 buih(aku panggil blup blup),main bowling,lepak uma feeq,lepak umah aku,pg tebrau city,bli bj baru,hahaha best!balik uma pukul 11 ok.n then feeq lepak uma aku smpai pkl1.macam2 kitorg cite.





anyway,arlyn looks much much more skinnier than before!




Rabu, Disember 03, 2008

when holiday gets started

holideiiii holideiiiiiiiii.hari2 pon bosan.hari2 wat bende yg sama ngadap pc on9 on9 on9 tp xwat ape2 yg bfaedah lansung.nk update blog pun malas.padahal bleh je lukis2 baju ke wat painting ke kuar jln2 amik gamba ke tp sume pon malas malas malas malas je nak buat.ape nk jadik?

ah,esok nk kuar lah.





NEEDS&WANTS;


boleh tak aku nak dress up cenggini?

Jumaat, Ogos 01, 2008

friday

today is friday. arini tade klas tp cam biasa la, ade klas ke tade ke mmg aku taley nk lepak kat bilik dgn bahagianye. hari2 di kampus semakin memenatkan. biasala, keje byk, studio jauh, kurang tido, n bla bla bla. ahh semua pun normal sbnanye.

hmm aritu dgn xpasal2nye aku masuk terengganu painting competition.ummm title die alam semulajadi memayungi warisan.aku taktau pape,tibe2 nama aku ade dlm senarai manusia2 terpilih utk masuk competition tu.hahaha tensi2 pon ade tp overall sgt besttttttttttttt sbb pegi balik makan tido suma free.haha.tdoq kat bungalow ok!tepi pantai plak tuuuuuuu uh syok syok syok.n team kitorg yang menang 2org, didie n kak sari. congratulations!




Selasa, Julai 22, 2008

seven things


a) 7 facts bout me.

1-bile tdo muka cam samseng(ajera ckp)
2-bile marah aku jeling(ajera pon ckp gak)
3-kalu ktawe gile2 smpai tutup mulut n bleh smpai jd nangis(ni pon ajera ckp hakhak btol2)
4-tdo nk pelok2.pelok ape pon xkesahla asalkan dpt pelok
5-if glabah pgg barang x betol.sume jatuh
6-if dgr lagu kpale kekiri kekanan.xpon gaya agogo pon ye gak.
7-ckp slalu t'sasul.hakhak


b) 7 things that scared me the most.

1-god
2-ibu
3-kene rape
4-lintas jalan
5-naik kete yg drivernye bwk lajuuu gileeeeeeee
6-repeat paper/subject
7-ilang camera

c) Top 7 songs

1-dido-white flag
2-hoobastank-running away
3-comadre-camel bucks
4-the blowers daughter-damien rice
5-disagree-crumbs
6-sume lagu yuna
7-sume lagu sheila on 7

d) 7 words that always comes out from your mouth

1-giiiiiiilek ah
2-appa da
3-ajera
4-hebak ah
5-eee tatotnyeee
6-eh?
7-pang kang

e) 7 things that're precious
1-camera
2-desktop
3-photos
4-money opkos
5-artworks
6-phone
7-si oren


NEEDS&WANTS;


boleh tak aku nak dress-up cenggini? :p

Rabu, Jun 25, 2008

today,i,

ok i think i consider this post as the first one. i dont really feel like theres anything to share but i think i'm just too excited nk start bende ni.gelabah,kan.haha.emmm arini bangon agak lambat,n masa bangon tu tetibe rasa sakit gigi yg amat sgt.gigi belakang ni argh!I hate it!huu dgn bibir aku yg kering,n bhgn dlm bibir tu pecah.pastu sakit gigi lg hu cant u just imagine the way i feel now?hu maybe x kot.haha watever.

smlm br kua ngn yuohaney,a cousin of mine.tgk kungfu panda n teman dia shopping(okay,teman je.uhu)penat gila kay,tp cam best la sbb bole tgk2 brg kan.hmmm ape2 pon aku bjanji nk shopping next monday!aku mesti,before balik mlaka la(ceh,mesti ke?)so city square,here i come!haha.

hmph.td aku cam sedih jap.tetibe je air mata kuar.aku tatau nape aku jd begitu sensitive kan.maybe sbb when it comes to the one that i love so very very much,so aku jd mcm tu.tp aku bkn sengaje pon,bkn buat2.huhu.tp mmg seriously kecik ati ok.anyway aku tau yg dia xbmaksud pon camtu.hmmm its okaaaayyy awk,n i'm sorry too :(

wish list.huhu

1.futsal with girlfriends.
2.yellow coloured cardigan.
3.cium tangan ayah lagi.
4.a drum set(eventhough x reti main.haha)
5.have an ice cream & duduk atas awan.
6.tengok bunga rafflesia.
7.be with mr afro 24-7.
8.forever smiling.
9.an ipod please
10.one more girlfriends day out before i go back into campus life. pleaseeeeeeee!