Jumaat, Mei 29, 2009

aku nak jadi

aku terfikir..
apa yang aku nak jadi. siapa, mengapa, bagaimana, berapa, dan lain-lain.


aku nak jadi ZuraimiAbdRahim,jadi artist jual artwork berpuluh2 ribu tapi tak lupa dgn sang pencipta.
aku nak jadi m nasir,setiap inci musiknya tercipta indah dengan kata-kata yg kemas.
aku nak jadi angelina jolie, aku mahukan kekuatannya menumbuk lelaki.
aku nak jadi burung, bebas nak terbang pegi mana pun.
aku nak jadi ikan emas dalam kolam, penenang jiwa manusia.
aku nak jadi ubat, penawar penyakit manusia.
aku nak jadi travis blink 182,drumming nya sangat mengancam bagiku.
aku nak jadi musik, penghibur hati manusia.
aku nak jadi cuaca, pengaruh aktiviti manusia.
aku nak jadi michelle branch,aku suka semua tentang dia.rambut,muka,suara,style,lagu,semua lah.
aku nak jadi si dia,nak tahu macamana betul2 perasaan dia yang sebenarnya kat aku.
aku nak jadi malam, yang mana bintang akan sentiasa setia menemani diri.
aku nak jadi ketupat, terlalu istimewa dan dihidang masa raya saje.


tapi aku rasa,sebenarnya
aku cuma perlu jadi seperti kereta-kereta mewah
berfungsi,berkualiti,diperlukan dan diingini manusia.



__________________________________________



Cause I don't wanna be
The only one whose drowning in their misery
And I'll take that chance
Cause I just wanna breathe
And I won't look back
And wonder how it's suppose to be