Rabu, Mac 25, 2009

dia

"kenapa hani nangis?jangan nangis,esok ayah datang amik hani"



itu cuma janji. bukan janji palsu, tapi..ntahlah.mungkin tuhan yang tak benarkan dia tepati janjinya.tuhan lebih sayangkan dia(seperti yang selalu dicanang-canang manusia) tapi perasaan aku ini yang masih tak sedia untuk terima takdir. aku masih memerlukan dia. masih terbayang-bayang wajah dan gerak geri dia.

dulu,aku balik dari sekolah,mmg dia yang akan amik aku. bila dah sampai dpn umah,dia akan tanya,
"lepas ni buat ape?"
aku kena jawab
"semayang"
lepas tu baru boleh bukak pintu pagar.

dulu,kalau masa nak makan,dia akan suruh aku cedokkan nasi untuk dia. dia akan cakap,
"nasi 20sen" takpun, "nasi 30sen"
(oh,sen-sen tu mewakili berapa senduk nasi yang aku kena letak kat pinggan"

dulu,kalau aku tengok dia dh siap-siap semat-semat aku akan tanya
"ayah nak g mane?"
dia akan jawab
"singapore"
(walaupun bukan singapore destinasinya)

dulu,masa aku blum sampai seru nak pakai tudung,tiap-tiap kali nak kluar die mesti tanye
"tudung mane?"
dan aku diam saje.

ah,macam-macam lagi lah.

tapi bila dh sampai masa untuk dia pergi, aku perlu faham yang segala itu takkan ada lagi.

masa tu aku masih tak tau yang dia dah tiada.tapi aku masih menunggu dia untuk amik aku balik uma,lepas habis paper BEL100 masa part1.tiba-tiba aku dapat call,yang mengatakan ajusu yang akan amik aku dan bawa aku balik jb,aku turuti saje kerana aku serba tak tahu.aku hanta sehelai sms ke number ayah,
"ayah,hani balik dgn ajusu.ayah tak payah amik tau"
tapi,yang baca sms tu sape?ibu mungkin.yang pasti bukan ayah.

bila dah tau benda yang betul, tak dapat aku nk cerita kat sini macamane dan apa yang aku rasa.
susah nak cakap.kau fikirlah,
minta maaf dengan dia pun aku x sempat.

aku rindukan ayah..yang selalu bila driving bahunya pasti senget ketepi.
bukan itu saja,byk lagi yang aku rindukan.
yang pasti,ayah mmg tiada tandingan.
tiada pengganti.
tiada lagi yang terbaik selain dia.

AL-FATIHAH