Selasa, Februari 10, 2009

hai.

hai pembaca. terima kasih kerana masih sudi menemani langkah aku yang tak kau pasti kebenarannya
:)

hari-hari dalam kehidupan aku makin sukar.
dan... kering.
hiburan aku sekarang ni hanyalah si dia sang kekasih yang sudi temani aku setiap hari walau tidak 24jam
aku penat nak tunggu semua ini habis.
segala perkara yang jadi beban dikepala.

oh ya,
kalau kau nak tahu,beban tu bukan cuma kerana kerja-kerja ilmu yang aku lakukan
tapi kerana cerita-cerita sampingan dalam hidup aku yang aku rasa berat untuk aku hadapi
hari-hari

beberapa minggu yang lepas aku mengikuti trip ke penang-satu destinasi yang memang dah lama gila aku tak pegi. mungkin kali terakhir waktu aku masih tadika?haha tak ingat lah.

penang cukup indah!berkunjunglah kesana.
untuk lampiran gambar,
www.flickr.com/haneimj


bye.

Isnin, Januari 19, 2009

boleh tak kalau aku cakap aku dah penat.

kepala aku ni dah tak larat lagi dah nak menampung beban masalah yang selalu buat aku rasa nak menjerit tak pasal-pasal.

Ahad, Januari 04, 2009

nak duit!

hai pembaca. tak sangka kau masih mahu membuang waktu yang tak lama untuk membaca kata-kata sampah ini. terima kasih ya.

dah 2 minggu aku di melaka.hidup aku dah berubah.haha berubah ke?adalah sikit.duk umah sewa ni seronok juga.tapi dari segi duit memang sakit.

damn it.

duit memang menyusahkan hidup kan?
sebab kalau kau nak hidup kau memang perlu duit.makin kau guna,makin habis.aku selalu dengar cite orang yang ada masalah duit.kedengarannya macam gila-babi-besar masalah dia.

tp kan,aku rasa macam 'apehal?'

sebab aku rasa duit boleh cari.macamana susah pun kau,duit memang boleh cari.taktau la,itu yang aku rasa je.tapi betul kan?duit memang boleh cari.cuma mungkin sesuatu yang mungkin kau patut persoalkan adalah,

MACAMANE NAK DAPAT DUIT TU HA?

cari jalan la beb.aku sendiri tgh kusut gila dengan duit ni.duit ypj mestilah makin habis kan.dengan aku yang tengah final sem ni,memang banyak pakai duit.

sumpah.

dan aku malas nak mintak duit ibu lagi.

sumpah lagi.

sbb aku tau selama ni aku memang manusia yang selalu menyusahkan orang.benar kan pembaca?ye aku tau itu benar.

aku nak cari duit sendiri.apa-apa pun lah.aku kena cari duit sendiri.

wedding photo?mai sini.
handrwawn d.i.y tshirt?mai sini.painting offers?mai sini.

aku akan buat semua itu untuk duit.
oh,tapi bukan jual diri ya :)

Jumaat, Disember 26, 2008

wahai kamu yang mulia.

hari ni hari sabtu kan?
maka esok ahad kan?
maka esok aku balik melaka kan?


arghhh, aku masih belum sedia untuk hari-hari sukar yang akan aku hadapi
jadi..
boleh tolong?


  1. tolong doakan aku supaya aku struggle-gila-babi untuk sem terakhir ini

  2. tolong doakan aku supaya aku mempunyai masa yang cukup untuk segala karya-karya siap dipamerkan

  3. tolong doakan aku supaya aku mempunyai semangat dan jiwa yang utuh dalam seni halus

  4. tolong doakan aku supaya segala yang aku hasilkan dalam karya aku adalah yang bernas, serta emas,bukan sampah semata

  5. tolong doakan aku supaya segala yang aku kerjakan mendapat berkat dari MahaPencipta
    dan tolong doakan aku supaya aku mendapat kecemerlangan dunia dan akhirat.

    tolong ya,pembaca?



semoga tuhan merahmati kehidupan kamu yang mulia ini :)
Amin.

Selasa, Disember 23, 2008

PICTURE OF THE MONTH (december)

wahai angin,awan,mentari,rumput
aku mahu tenang.
boleh kan?