Sabtu, Disember 20, 2008

hijrah.

hari ini sudah menjelang permulaan bagi hari ahad. aku hanya ada beberapa hari saja lagi yang tinggal untuk kembali ke uitm.

oh, perjuangan akan bermula. hahahaha poyo!


kalau kau mahu tahu,
sejak akhir2 ni aku banyak membaca blog-blog para penulis yang lain dan aku banyak berfikir panjang tentang kehidupan. mungkin apa yang dibaca sedikit sebanyak memberi tusukan hebat pada benakku, hati aku serta akal fikiran. walau sememangnya dari zaman sekolah lagi aku gemar ber-blogging, kini aku rasakan begitu besar pengaruh blog2 kalian ya? terima kasih ya, rakan2. walaupun anda sama sekali tidak kukenali.

sebenarnya aku rasa terlalu banyak perkara tentang diri ini, yang patut aku ubah. hmm mungkin 90% dari segala aspek kehidupan. tapi rasanya tidak semua perubahan yang mahu aku lakukan perlu aku coretkan disini bukan? yang penting2 sajalah. heee :p

apa2 pun. segala perubahan ini adalah untuk diri sendiri, bukan kerana ibu, kekasih mahupun sesiapa.oh ya, mungkin hanya untuk aku dan Tuhan yang maha pencipta. maaf ya rakan2, aku tidak sewarak mana. sembahyang pun ada masa aku tinggalkan dibelakang juga. terasa hina pun ya juga. terasa bodoh pun ya juga. beriya-iya pakai tudung, tapi solat? solat itu kan tiang agama? kenapa mengaku muslim tapi solat 5 waktu yang cukup senang untuk dikerjakan itu pun kau tak mampu? uhh,drama yang baru aku tonton tadi pon berkisarkan tentang seorang umat yang tidak menjaga ibadahnya. memangla rasa aku tertampar kan? saat itu aku rasa aku memang patut berubah. rasa seperti hendak menangis pun ada juga, bila anak kecil dalam drama itu, yang baru darjah 2 tapi cukup menjaga solat serta budi pekertinya. aku terasa hina. dan sangat-sangat keji.

dah 20tahun kan ? bukan budak kecik lagi. aku harus matang. tindak tanduk juga harus matang. dan aku rasa segalanya perlu ditingkatkan. terima kasih tuhan, kerana memberi aku kesedaran.

hmm. aku dah nak menjangkau usia 20-an. bak kata org2 tua zaman dahulu kala,

"dah boleh kawen dahhhh"
haha appa da?

aku rasa aku perlu mula belajar betul-betul teknik memasak. bukan apa? bila dah kawen dengan si dia nanti senang kan?
ok,kawen tu mmg lambaaaaaaaaaat lg!

lagipun tidak rugi jika tahu selok belok memasak. dan yaaaa mungkin lepas ni ibu tidak perlu lagi kedapur dengan adanya aku dan tangan2 ku dirumah?


pasti seronok jika dapat memasak untuk ibu :)


ohh dan yea, satu lagiiiiiii.
aku mahu berubah untuk pelajaran. dan ini untuk masa depan. aku tak mahu malas2 dan mengikut hati semata2. kalau aku malas, aku yang rugi dan kosong. tidak dapat sebarang apa. maka haruslah aku berusaha mcm nak mati (macam jeaaaa) untuk mendapatkan yang terbaik.

aku mahukan 3.9 dan keatas :)

oh tuhan,
bisakah aku lakukan itu semua?
aku mahukan hijrah.
ya, hijrah :)

Jumaat, Disember 19, 2008

konflik diri.

haih, aku ada masalah.

*umm,salah satu dr masalah2 yg aku ada,mungkin*

result dah dapat, jadi maknanya aku semakin dekat dengan sem depan yang bakal menjelma. yea, sem depan. sem yang amat berbahaya, semester 6. semester terakhir. aku akan menghadapi work2 yang besar, dgn kadar waktu yang singkat untuk menyiapkan setiap satu karya. huh, aku harap aku akan expresskan sebaik mungkin perasaan aku, jiwa seni aku dan hati aku terhadap karya2 aku. supaya orang dapat rasa, dan apa yang hendak disampaikan dapat disampaikan dengan mudah.insyaallah :)

hm sem depan juga, aku harus memohon untuk menyambung pelajaran ke tahap ijazah.

argh, inilah masalahnya.ART&DESIGN ada banyak cabang,jadi aku perlu pilih salah satu cabang yang benar2 sesuai dan berpatutan dengan aku la.tapi sampai skaang aku tak tau lg hala tuju aku nanti. aku nak sambung apa? nak buat apa? nak jadi apa?

rasanya aku tak mempunyai sebarang cita-cita, melainkan ingin berjaya demi masa depan yang cemerlang*ya allah poyo nak mampus ayat gua ok*
ya mungkin masa kecik2 dulu aku sibuk nak jadi dokter la, peguam la, cikgu la, hahaha semua tu mengarut,cita-cita tak berasas dan pra-matang.kau pun tahu kan?hahaha.
si dia cakap,

"ambik la fine art. luas sikit kan, awak mesti dah kena ada misi tau skarang ni. masa depan awak ni, jgn main2"

aku tak tau la.family aku surh amik graphic.dlm diri aku?berbelah bahagi.kadang2 aku rasa masa aku tak patut ade dalam fine art.kadang2 aku rasa macam untung gila tergolong dalam anak2 seni halus ni.kadang2 aku rasa aku nak kembali kepada apa yang aku minta dulu,photography-bukan fine art.kadang2 aku rasa graphic design lebih senang untuk aku bina kerjaya yang menjamin.dan kadang2 pula aku terfikir,tak salah kan kalau aku bertukar kepada fashion design?hahahaha ye pembaca,

FASHION DESIGN.

ishh kusut juga.
aku nak sambung apa ni?fine art?photography?advertising?uhh n skarang tetibe rasa jatuh hati pada fashion design plak.lepas tu tiba2 rasa macam journalism pon menarik juga.
hahaha,apebende tah.

annur isfahani,
awak nak sambung apa ni?
nak jadi apa?
APA?


APAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAaAA?

Khamis, Disember 18, 2008

kau.

kekasih,



aku sayang kau.
amat sangat,
ok?







huk rindu :'(

ohyeaaaaaaaaaahs!

alhamdulillah,


I’m sooooooooooo happy with the result!
Especially for the subject ETR! I've passed! Oh god, I’ve been so worried about it and I’m really scared of repeating the course.


oh thank god,ALHAMDULILLAH!


:D



yay!!

Rabu, Disember 17, 2008

masalah la kau ini.

hidup memang macam ni kan?

kalau kau tak dapat tu, kau akan dapat ini.
kalau kau tak buat tu, kau akan buat ini.
kalau kau tak kuat,kau lemah.
kalau kau tak buang, kau simpan.
kalau kau tak nangis, kau ketawa.
kalau kau tak tenang, kau kusut.
kalau kau tak pilih jalan yg betul, kau akan pilih jalan yang salah.

ape aku merepek ni?



hmm pokoknya,

ape yang kau buat, pasti ada konsikuensinya.mungkin ianya sesimple ;
kalau kau kerja,kau akan dapat duit.




jadi,
tolonglah fikir sehingga ke akar umbi.
sebelum tindak tandukmu bermula.
sebelum kau menyesal duniamu tak seindah yang kau sangka.